5 OKT: Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mengadakan sidang media yang dijadualkan pada jam 2 petang tadi kerana melakukan kuarantin kendiri di rumah.
Beliau berkata, setelah mengetahui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mohamad Zukkifli Al Bakri positif COVID-19, beliau terus melakukan ujian pegesanan.
Katanya, sebelum itu beliau mempengerusikan mesyuarat Khas Menteri-menteri bagi membincangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di zon Kota Kinabalu.
“Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama didapati positif COVID-19. Saya berada di dalam mesyuarat tersebut (Sabtu lalu). Oleh itu saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test dan balik ke rumah untuk kuarantin kendiri.
“Saya tidak mahu sidang media saya itu (hari ini) boleh membahayakan para wakil media. Insya-Allah esok keputusan swab test saya itu akan keluar. Doakan agar keputusan swab test nanti negatif,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau menjelaskan persoalan mengenai pembatalan sidang medianya yang dijadualkan jam 2 petang ini.
Antara membangkitkan wakil rakyat pembangkang termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.