8 OKT: Kabinet kerajaan negeri Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini lengkap setelah semua Menteri dan Pembantu Menteri mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dalam majlis yang bermula pada jam 10 pagi tadi.
Turut mengangkat sumpah ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik.
Majlis angkat sumpah tersebut berlangsung dalam suasana yang ringkas ekoran penularan pandemik COVID-19 di Sabah.
Pada 29 September lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengangkat sumpah jawatan dan diikuti oleh tiga timbalannya iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.
Hajiji juga memegang portfolio Menteri Kewangan.
Bung Moktar turut mengisi portfolio Menteri Kerja Raya, Jeffrey menyandang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan manakala Joachim sebagai Menteri Pembangunan Industri.
Dua lagi portfolio yang telah diisi sebelum ini adalah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim.
Senarai mereka yang mengangkat sumpah hari ini adalah seperti berikut:
Yang Dipertua DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya
Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Aripin Mohd Arif
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmy Yahya
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakubah Khan
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Wetrom Bahanda
Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Jasni Daya
Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury dan Robert Tawik @ Nordin
Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk James Ratib dan Hendrus Anding
Pembantu Menteri Pembangunan Industri, Tamin @ Tamin Zainal
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II, Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih dan Mohamad Hamsan Awang Supian
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Samad Jambri @ Jamri dan Harun Durabi
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Lumai @ Bangkuai
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki dan Flovia Ng
Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ruddy Awah
Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Andi Muhammad Suryady Bandy
ADUN Dilantik: Suhaimi Nasir, Datuk Seri Yong Teck Lee, Raimi Unggi, Datuk Amisah Yassin, Jaffari Walliam dan Dr Aliakbar Gulasan.