9 OKT: Harga runcit petrol turun 4 sen seliter manakala diesel turun 1 sen seliter mulai 10 Oktober hingga 16 Oktober ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan media memberitahu, harga runcit petrol RON97 berkurangan kepada RM1.97 seliter berbanding RM2.01 seliter sebelumnya.
Harga runcit petrol RON95 pula turun kepada RM1.67 seliter berbanding RM1.71 seliter sebelum itu.
Bagi diesel pula, harga runcit turun kepada RM 1.69 seliter berbanding RM1.70 bagi tempoh terdahulu.