nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kit Siang tahu kritik sahaja, tiada penyelesaian

12 OKT: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dikatakan hanya tahu menghentam dan mengkritik sahaja tanpa memberi penyelesaian terhadap isu yang diketengahkan.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS, Senator N Balasubramaniam berkata, modus operasi Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu adalah menyalahkan pihak lawan dalam setiap perkara yang berlaku.

Beliau menjelaskan, dalam isu COVID-19, Kit Siang meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan mendakwa kononnya peralihan kuasa menjadi punca wabak itu menular.

N BALASUBRAMANIAM
N BALASUBRAMANIAM

“Namun, beliau tidak pernah memberi pujian ketika kadar COVID-19 sebelum ini menurun dengan begitu baik sehingga mendapat pujian di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Balasubramaniam menambah, apabila COVID-19 kembali meningkat dengan kadar yang tinggi khususnya ketika dan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Kit Siang tidak pula menyalahkan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Menurut beliau, pada masa yang sama, Mohd Shafie sendiri memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana terpaksa membubarkan DUN Sabah ketika COVID-19 sedang melanda negara khususnya di negeri itu.

“Adakah Kit Siang mengkritik Shafie? Tentunya tidak kerana sikap Kit Siang memang begitu sejak dahulu iaitu menyalah pihak lawan dan mendiamkan diri bila pihak kawannya melakukan kesalahan.

“Pokok pangkalnya, Kit Siang adalah ahli politik yang tidak mampu memberi solusi kepada masalah yang berlaku selain menghentam dan mengkritik kerana itu sahaja kebolehan yang beliau ada,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.