nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PH patut bentang pelan kekang COVID-19

12 OKT: Pembangkang seharusnya membentangkan satu pelan lengkap secara rasmi berhubung langkah dan kaedah bagi menangani penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau membaca kritikan para pemimpin parti pembangkang yang menyalahkan kerajaan di atas kenaikan angka jangkitan wabak berkenaan kebelakangan ini.

Menurut beliau, pelbagai tohmahan dilontarkan seolah-olah kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bertanggungjawab sepenuhnya di atas penularan wabak tersebut yang menunjukkan angka peningkatan sejak akhir-akhir ini.

AHMAD FADHLI SHAARI
AHMAD FADHLI SHAARI

“Jika hanya menuding jari kepada kerajaan selepas berlakunya peningkatan, sesiapa sahaja boleh melakukannya,” katanya menerusi kenyataan media dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS memberi sindiran pedas barangkali pihak-pihak yang menyalahkan kerajaan terlupa bahawa mereka jugalah yang bertegas untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ketika negara sedang berdepan krisis pandemik.

Beliau berkata, malah salah seorang bekas menteri begitu yakin apabila menyebut bahawa selepas PRN Sabah berakhir, angka jangkitan COVID-19 akan turun mendadak.

“Ia berasaskan keyakinan kononnya angka jangkitan yang menaik ini dikatakan hanyalah sandiwara kerajaan pusat semata-mata.

“Siapakah pula yang mencadangkan agar pesakit-pesakit yang sedang dikuarantin dibenarkan untuk mengundi jika bukan pemimpin pembangkang?

“Siapakah pula yang menyerang kenyataan Menteri Kesihatan yang sedang mempertimbangkan untuk meneliti keperluan mengenakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung selepas urusan PRN selesai kalau bukan bekas Menteri dari Pakatan Harapan?, “soalnya.

Sementara itu, tambahnya, kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan sebenarkan secara tidak langsung memberikan tekanan kepada kerajaan pusat untuk tidak bertindak lebih tegas dalam menangani penularan wabak pandemik COVID-19.

“Selain daripada pelan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merancang untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana pada hari esok, pelan menangani COVID-19 ini juga sepatutnya dipersembahkan kerana rakyat ingin tahu dan membuat penilaian,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.