nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kos PRK Parlimen Batu Sapi hampir RM6 juta

13 OKT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi yang bakal diadakan pada 5 Disember ini akan menelan perbelanjaan mengurus hampir RM6 juta.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, PRK yang bakal diadakan kali ini berlainan sedikit berbanding mana-mana PRK yang pernah dibuat sebelum ini.

Menurut beliau, ini kerana PRK tersebut diadakan ketika seluruh negara sedang berdepan dengan penularan pandemik COVID-19 dan perbelanjaan mengurus bagi PRK itu meningkat sekali ganda.

abdul ghani salleh
ABDUL GHANI SALLEH

“Kalau tengok yang biasa, kos tidak berapa tinggi. Apabila wujud wabak ini ia meningkat sekali ganda.

“Untuk PRK ini kita guna RM6 juta. Maknanya ia meningkat sekali ganda. Kena ada khemah kesihatan, pekerja kena tambah, selain kemudahan untuk COVID-19 ini kita kena siapkan,” katanya pada sidang media pengumuman PRK Batu Sapi di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Ghani memberitahu, perkara tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan PRK itu berlakau di luar jangkaan dan pengisian kekosongan kerusi tersebut perlu dibuat meskipun negara sedang dilanda wabak COVID-19.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada SPR bersedia untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat sekiranya Parlimen dibubarkan, Abdul Ghani berkata, pihaknya terbuka dengan perkara itu kerana ia sememangnya sudah menjadi tanggungjawab SPR untuk mengendalikan apa sahaja pilihan raya

Walau bagaimanapun, beliau berharap agar tidak diadakan pilihan raya besar pada masa ini ekoran rakyat berdepan dengan bahaya akibat penularan wabak COVID-19.

“Terpulanglah kepada kerajaan semasa, apa tindakan yang dibuat, kita hanya menerima arahan daripada pihak-pihak yang membuat keputusan. Menjaga keselamatan semua orang ini bukan satu kerja yang mudah.

“Apabila berlakunya pilihan raya, kempen dibuat, macam-macam yang akan dibuat. Jadi kalau tanya saya perkara ini, tidak sesuai kerana pandemik melanda negara kita sekarang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.