13 OKT: Perbicaraan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan pecah amanah, penggubahan wang dan rasuah ditangguhkan ke 28 Oktober.
Perbicaraan itu sepatutnya bersambung esok.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, ia memaklumkan bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah mengarahkan semua mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya menangguhkan perbicaraan dari 14 hingga 27 Oktober.
Keputusan itu dibuat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) yang diumumkan oleh kerajaan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah berkata, perbicaraan akan disambung pada 28 Oktober, 16-20 November, 23 – 25 November dan 4 Disember.