nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SOP diperinci, makan di kedai terhad dua orang semeja

13 OKT: Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula tengah malam ini, orang ramai di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan makan di premis dengan satu meja tidak melebihi dua orang.

Bagaimanapun, para pengusaha dari warung sehingga restoran amat digalakkan supaya menumpukan kepada khidmat penghantaran dan bungkus sahaja dengan waktu operasi ditetapkan dari 6 pagi hingga 10 malam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu antara prosedur operasi standard (SOP) yang diperincikan dalam sidang khas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi.

Ismail Sabri Yaakob

Bagi perjalanan merentas daerah untuk ke tempat kerja pula, Ismail Sabri berkata, pas kerja dikeluarkan majikan atau surat pengesahan majikan perlu ditunjukkan di setiap sekatan jalan raya (SJR).

Katanya, pengangkutan awam dalam tempoh PKPB ini juga akan beroperasi seperti biasa dengan pematuhan SOP penjarakan sosial misalnya, kapasiti penumpang bagi setiap kereta yang dijadikan e-hailing atau teksi tidak lebih dua orang.

“Perjalanan rentas daerah bagi tujuan kecemasan seperti sakit dan kematian dibenarkan tetapi memerlukan surat kebenaran daripada polis.

“Justeru, mesyuarat pagi tadi juga meminta polis menyediakan kemudahan tersebut menerusi online,” katanya dalam sidang akhbar sebenatar tadi.

Bagi tujuan membeli barangan keperluan, kata Ismail Sabri, hanya dua inividu dari rumah yang sama dibenarkan berbuat demikian dengan kanak-kanak dan warga emas tidak digalakkan.

Katanya, pasar harian, pasar borong, pasar tani dan pasar malam dibenarkan namun dalam waktu tertentu dan pematuhan SOP khusus.

Antara SOP lain ujar beliau adalah:

• Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)

• Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.

• Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

• Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

• Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

• Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.

• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.

• Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.

• Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.

• Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.

• Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.

• Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.

• Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.

• Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luarnegeri TIDAK DIBENARKAN.

• Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.

• Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.

• Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran,
reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.