15 OKT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim mengangkat sumpah jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini.
Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, upacara angkat sumpah itu berlangsung di pejabat Menteri Besar Perak pada jam 10.30 pagi tadi.
Pelantikan Aznel yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik adalah bagi menggantikan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.
Iskandar Dzulkarnain kini diberikan amanah baharu bagi menguruskan hal ehwal berkaitan tanggungjawab Ahmad Faizal selaku Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan lain-lain urusan di peringkat Persekutuan. – Oleh HUSSAINI AMRAN