16 OKT: Taikun dan pemaju hartanah terkenal Sarawak, Tan Sri Ting Pek Khiing meninggal dunia petang tadi pada usia 79 tahun.
Memetik laporan portal Borneo Post, Pek Khiing meninggal dunia di kediamannya di Jalan Song, Kuching.
Difahamkan Pek Khiing menghembus nafas terakhir di hadapan ahli keluarga terdekatnya kira-kira jam 3.30 petang.
Taikun itu mula mencipta nama pada awal 90-an apabila terlibat beberapa projek pembangunan hartanah dan resort di Langkawi.
Berikutan reputasi baiknya itu, mendiang diketahui berjaya membina hubungan dengan pemimpin utama negara termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Cukup diingati kerana terlibat dalam projek membina Empangan Bakun, yang terbaru pada 2018 Pek Khiing dilaporkan dipilih membangunkan projek hartanah di Langkawi.
Sementara itu, Dr Mahathir dan siteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengucapkan takziah kepada isteri mendiang, Puan Sri Wong Sui Choo serta keluarga.
Perkara itu dinyatakan bekas Perdana Menteri itu di Facebook beliau sebentar tadi.