17 OKT: Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin meninggal dunia pada jam 11.52 malam tadi di Pusat Perubatan Ara Damansara pada usia 82 tahun.
Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Memetik hantaran laman Facebook Majlis Perundingan Melayu (MPM), solat jenazah dilangsungkan di Bukit Damansara selepas solat subuh tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Gopeng, Perak.