nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan sesekali abai SOP, pelitup muka – bekas pesakit COVID-19

18 OKT: Jangan sesekali ambil mudah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya semua rakyat sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam.

Itu nasihat dan pesanan berguna diberikan seorang bekas pesakit COVID-19, Azrul Affandi Sobry, 42, yang baru sahaja selesai menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif pada 5 Oktober lalu.

Azrul yang berkerja sebagai wartawan Berita Harian, berkata, beliau tidak menolak kemungkinan terkena jangkitan kerana sikapnya yang mengambil mudah soal pemakaian pelitup muka dan kurang menjaga penjarakan fizikal ketika ‘out station’ dan membuat liputan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bulan lalu.

“Saya sebenarnya masih belum pasti punca sebenar namun ada kemungkinan terkena jangkitan COVID-19 kerana kerap membuka pelitup muka dan kurang menjaga jarak fizikal ketika menemu bual pemimpin politik dan pengundi sepanjang tempoh kempen PRN Sabah.

“Bagaimanapun, besar kemungkinan juga saya terkena jangkitan ketika berada di lapangan terbang atau dalam pesawat kerana beberapa kali membuka pelitup muka semasa dalam perjalangan pulang ke Kuala Lumpur dari Sabah, baru-baru ini.

“Walaupun, belum tahu punca dan macam mana saya boleh terkena jangkitan COVID-19, namun besar kemungkinan ia berpunca daripada saya sering melanggar prosedur operasi standard (SOP), tidak menjaga penjarakan fizikal dan sering menanggalkan pelitup muka terutama di tempat awam termasuk ketika berada dalam pesawat dari Sabah,” katanya ketika dihubungi wartawan portal berita PNBBC, sebentar tadi.

Azrul Affandi Sobry

Berikutan itu, Azrul menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP, menjaga jarak fizikal dan wajib memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam serta hanya keluar dari rumah jika ada keperluan.

“Berdasarkan pengalaman itu saya boleh katakan bahawa jika kita tidak mengikut SOP, tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal maka kita memang mudah terkena COVID-19.

“Ini adalah pengajaran berguna buat saya dan seluruh rakyat Malaysia bahawa kita perlu sentiasa mematuhi SOP, menjaga penjarakan fizikal dan wajib memakai pelitup muka,” katanya.

Menceritakan kembali kisah di sepanjang menjalani kuarantin selepas 14 hari di Hospital Sungai Buloh, Azrul menjelaskan antara penderitaan dan azab dialaminya ialah badannya berasa lemah, batuk dan tidak bermaya, selain terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang.

“Oleh kerana saya dimasukkan dengan pelbagai simptom maka badan saya berasa amat lemah sehingga ada ketikanya mengiggil, sakit sendiri, penafasan kurang stabil, cepat letih, tekanan darah tinggi dan, selalu pening kepala.

“Malah, sehingga sekarang badan saya masih lemah, batuk, kurang selesa dan mengambil masa lebih kurang lima hari selepas dibenarkan keluar dari hospital (pada 13 Oktober lalu) untuk berasa sedikit bertenaga dan pulih,” katanya.

Terdahulu, Azrul berkata, pada mulanya beliau memang terkejut kerana disahkan positif COVID-19 kerana dia sendiri sering memberi nasihat dan tips kepada orang ramai mengenai cara mencegah diri daripada terkena jangkitan penyakit berbahaya terbabit, sebelum ini.

“Sejak PKP bermula 18 Mac saya tak pernah berhenti buat live pasal COVID-19 sampaikan saya digelar Cikgu COVID. Tapi hari ini, saya diuji apabila saya pula positif Covid. Doakan saya sihat dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Dalam pada itu, Azrul melahirkan rasa bersyukur kerana majikan memberikan kelonggaran dan membenarkan beliau bertugas dari rumah, mulai esok sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat akhir bulan ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.