nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis Johor sedia gembur markas Hizbut Tahrir

18 OKT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan melakukan serbuan terhadap markas dan pusat penyebaran ajaran sesat pertubuhan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) di Skudai, Johor, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata polis sudah mengenal pasti dan sentiasa memantau pergerakan 45 individu daripada pertubuhan HTM termasuk pemimpinnya di Johor, Sallahuddin Mashkuri.

Ayob Khan berkata berdasarkan penelitian polis mendapati ada kenyataan di laman web pertubuhan itu memetik ‘Ketua Polis Johor’ namun tidak ditandatangani oleh mana-mana pihak dan hanya tertera Pejabat Media Hizbut Tahrir Malaysia.

“Kalau mereka (HTM) ada keberanian, sila tandatangani. Presiden atau nama jurucakap . Kenyataan dikeluarkan polis adalah berasaskan fatwa dikeluarkan oleh JAINJ.

“Isu fitnah atau tidak fitnah tidak timbul. Fatwa ini sudah pun keluar atas perintah dan perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Sebagai umat Islam di Johor, wajib patuhi fatwa kerajaan negeri. Ini bukan benda yang boleh dimain-main, tidak ada fitnah.

“Kalau baca betul-betul fatwa JAINJ, jelas menyatakan penyelewengan Hizbut Tahrir. Bukan sahaja di Johor tetapi juga di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur, Sabah dan Pulau Pinang, maka adakah itu dikatakan fitnah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, Hizbut Tahrir turut dianggap sebagai kumpulan ajaran sesat oleh negara Islam lain di peringkat antarabangsa dan boleh mengancam keselamatan.

Berikutan itu, Ayob Khan menegaskan, polis tidak akan berlembut terhadap individu atau pertubuhan yang melanggar undang-undang.

“Tindakan kumpulan macam inilah yang merugikan umat Islam. Apabila mereka kata umat Islam tidak perlu terbabit dalam pilihan raya, siapa yang hendak mengundi sistem demokrasi untuk menentukan siapa perintah negara? Khalifah mereka ke?

“Malaysia ada sistem dan kaedah, tanya mereka (HTM) macam mana kaedah yang dimahukan untuk membentuk negara.

“Kalau tolak sistem demokrasi dan sistem beraja, kita nak melalui apa? Secara tidak langsung, perang dan memang ada pun risalah (HTM) dikeluarkan.

“Fahaman ini ada ciri-ciri ajaran sesat antaranya seperti Daesh, cuma mereka ini belum angkat senjata lagi, jadi kita jangan biarkan mereka berkembang,” katanya.

Semalam, terdapat kenyataan yang dimuat naik di laman web HTM mendakwa Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanthi dan Ketua Polis Johor memfitnah bahawa fahaman pertubuhan itu bercanggah dengan agama Islam.

Pada 1 Oktober lalu, Ayob Khan mendedahkan polis memantau pergerakan pengikut HTM yang boleh ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) jika didapati mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian masyarakat di Johor.

Katanya, polis Johor membuka kertas siasatan terhadap HTM selepas menerima 17 laporan polis terhadap fahaman yang difatwakan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.