19 OKT: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang menyiasat punca sebenar Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas sejak 12.30 pagi dan 2 pagi tadi.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini pencemaran bau seolah-olah bahan kimia sylvan merupakan punca utama yang telah menyebabkan pencemaran Sungai Selangor itu.
“Siasatan awal dijalankan pihak pakar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd telah mendapat dikesan bau seperti sebelum ini iaitu bau sylvan dan punca sebenar kita masih siasat.
“Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan agensi lain telah membuat penyiasatan punca yang masih dalam siasatan.
“Kita dapat contoh air sungai untuk dihantar ke makmal untuk mengenal pasti punca pencemaran bau setakat ini,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan ke Muka Sauk Sungai Selangor Fasa II hari ini.
Susulan insiden itu, keempat-empat LRA itu terpaksa dihenti tugas sepenuhnya dan melibatkan hampir menyebabkan 1,196, 457 pengguna di tujuh kawasan iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan air.
Dalam pada itu Tuan Ibrahim memberitahu, siasatan awal pihaknya turut mendapati bacaan ujian bau yang dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang pada pukul 12.30 tengah malam adalah 1 TON.
Susulan bacaan LRA Sungai Selangor Rantau Panjang rendah, beliau tidak menolak kemungkinan ia boleh beroperasi semula dalam masa terdekat.
“Bagi bacaan ujian bau bagi muka sauk LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 pula adalah sebanyak 3 TON dikesan sejak jam 2 pagi tadi.
“Kita jangka berdasarkan maklumat loji ini setakat ini masih ada bau pencemaran bau mungkin dalam sejam atau dua lagi kita akan boleh beroperasi semula,” katanya.