nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengusaha terjejas, Pahang minta Taman Negara dibuka

22 OKT: Kerajaan Negeri Pahang meminta Kerajaan Persekutuan khususnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) supaya membuka semula operasi Taman Negara di kedua-dua laluan masuk iaitu Kuala Tahan dan Merapoh dengan segera.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penutupan pusat pelancongan terkemuka itu baru-baru ini akibat penularan gelombang ketiga wabak pandemik COVID-19 adalah tidak diperlukan.

Katanya, ini memandangkan Taman Negara seperti mana juga daerah-daerah Jerantut dan Lipis serta negeri Pahang keseluruhannya, tidak berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Akibat arahan penutupan tersebut, Kerajaan Negeri menerima rungutan daripada pengusaha-pengusaha aktiviti eko-pelancongan di Taman Negara tentang kehilangan punca pendapatan mereka.

“Mereka terdiri daripada antara lain, 170 pemandu pelancong, 78 pengusaha bot di Sungai Tahan, 30 pengusaha bot di Sungai Tembeling, 17 agensi pelancongan dan 38 pengusaha penginapan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Wan Rosdy, ini tidak termasuk pengusaha sokongan lain seperti pengusaha penyajian makanan, pembekal dan peruncit yang bergantung harap kepada bidang eko-pelancongan sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Susulan itu, katanya, perkara sama turut dibincangkan pada mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam dan keputusan yang diambil adalah dengan meminta Kerajaan Persekutuan membatalkan segera arahan penutupan tersebut.

“Dengan pembukaan semula Taman Negara, Kerajaan Negeri meminta agar para pengusaha serta pengunjung, terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapkan,” jelasnya.

Media hari ini melaporkan pengusaha pelancongan di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan meminta Perhilitan mengkaji semula penutupan sementara Taman Negara itu sejak 6 Oktober lalu berikutan sumber pendapatan mereka terjejas teruk.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.