nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada Perdana Menteri interim dalam Perlembagaan

Oleh: TUN ABDUL HAMID MOHAMED

Terdapat cakap-cakap bahawa, untuk meredakan kemelut politik negara sekarang, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mungkin akan menubuh sebuah kerajaan campuran baru yang diwakili oleh semua parti politik dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri.

Ia adalah kerana tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengikut berita itu, “YDPA tidak akan membubar Parlimen atas nasihat pihak tertentu berikutan pandemic Covid-19.

Atas kuasa dan budi bicara Agong yang sudah termaktub dalam Perlembagaan, Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri Interim (sementara) dan Menteri- Menteri Interim untuk satu tempoh masa yang tiada had, sehingga PRU ke-15. PM Interim tidak boleh digulingkan, tidak disingkirkan oleh undi tidak percaya di Parlimen.

Hasrat Agong itu akan disampaikan kepada Ketua-Ketua parti yang mempunyai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.”

Kesahihan berita ini belum disahkan. Tetapi, saya fikir kita tidak perlu menunggu sehingga ia dilakukan untuk memberi pandangan mengenai keperlembagaan pelantikan seperti itu, kerana ia akan terlewat.

Soalnya, peruntukan manakah dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri interim?

agong

Di sini, eloklah kita melihat apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

“40(1)…

2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri;

(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;

“43. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Perlembagaan tidak menyebut langsung mengenai pelantikan Perdana Menteri interim. Tidak ada peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa kepada YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri interim yang tidak boleh digulingkan oleh undi tidak percaya di Parlimen seperti yang dikatakan oleh laporan itu.

Hanya ada satu jenis Perdana Menteri iaitu yang dilantik di bawah Perkara 43(2)(a) dan semua peruntukan Perlembagaan yang terpakai kepada seorang Perdana Menteri terpakai kepadanya.

Bagaimana sistem itu berfungsi? Kuasa YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri diberi oleh Perkara 43(2)(a).

YDPA hanya boleh melantik seorang Perdana Menteri apabila terdapat kekosongan jawatan itu. Kekosongan jawatan Perdana Menteri berlaku apabila seorang Perdana Menteri meletak jawatan dengan sukarela (seperti Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir) atau apabila kalah usul tidak percaya di Dewan Rakyat (hingga hari ini belum ada lagi) atau apabila YDPA membubarkan Dewan Rakyat atas permintaan Perdana Menteri (seperti yang biasa berlaku) atau Perdana Menteri meninggal dunia (seperti Tun Abdul Razak).

Ambil perhatian, apabila seorang Perdana Menteri kalah usul tidak percaya di Parlimen, dia hendaklah (shall) meletak jawatan.

Jika keadaan seperti itu berlaku, YDPA hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat menjadi Perdana Menteri. Logiknya, dia adalah ketua parti yang mempunyai majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat atau seorang yang dipersetujui oleh gabungan parti-parti yang mempunyai majoriti.

Melantik seorang lain mungkin satu perbuatan yang sesia kerana dia mungkin tidak mempunyai majoriti. Selepas dilantik, usul tidak percaya boleh dibawa terhadapnya. Jika dia kalah, dia hendaklah meletak jawatan. Syarat itu juga adalah selaras dengan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlebagaan.

Cara yang paling baik bagi menentukan sama ada seorang Perdana Menteri masih atau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat adalah melalui usul tidak percaya di Dewan Rakyat. Pengakuan seseorang pemimpin parti atau gabungan parti-parti bahawa dia mempunyai majoriti, tidaklah reliable.

Seperti yang kita lihat berlaku di Malaysia pada masa ini, apabila keluar sahaja senarai nama Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang dikatakan menyokong seseorang pemimpin, berlakulah penafian sebahagian daripada mereka. Ada juga yang menukar fikiran apabila melihat sokongan kepada pemimpin itu berkurangan atau ada tawaran yang lebih baik daripada pihak lain.

Apabila seorang Perdana Menteri meletak jawatan atau Parlimen (Dewan Rakyat) dibubarkan, siapa yang akan melaksanakan tugas-tugas Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baru dilantik?

Jawapannya, tidak ada sesesiapa kerana pada masa itu tidak ada Perdana Menteri. Pentadbiran harian dilakukan oleh pegawai awam.

Melantiknya semula bererti mengisi jawatan itu semula. Selagi dia tidak meletak jawatan semula, dia masih menjadi Perdana Menteri dan orang lain tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri kerana tidak ada kekosongan.

Jika YDPA berpendapat seorang Perdana Menteri itu telah kehilangan majoriti, tetapi dia tidak meletak jawatan atau dikalahkan dalam usul tidak percaya (yang menghendakinya meletak jawatan jika dia kalah), bolehkah YDPA melantik seorang lain menjadi Perdana Menteri sebagi penggantinya?

Soalan pertama yang perlu dijawab ialah, adakah terdapat kekosongan jawatan tersebut? Saya fikir tidak. Jika tidak, pelantikan baru tidak boleh dibuat. Pandangan ini ada kebaikannya. Ia adalah untuk mengelak seorang YDPA yang tidak sukakan seorang Perdana Menteri daripada memecatkannya atas alasan Baginda berpendapat Perdana Menteri itu sudah kehilangan majoriti.

Lagi pula, tidak ada peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa kepada YDPA untuk memecat (dismiss) seorang Perdana Menteri walau pun pada pandangannya Perdana Menteri itu sudah kehilangan majoriti. Proses pemecatan seorang Perdana Menteri adalah melalui undi tidak percaya di Parliman. Itulah demokrasi berparlimen. Itu juga lebih telus.

Saya juga berpendapat YDPA tidak boleh membubar Parlimen kerana Baginda berpendapat Perdana Menteri tidak lagi mempunyai majoriti, tanpa diminta oleh Perdana Menteri. Alasannya sama dengan yang saya beri di atas, iaitu ia untuk mengelak seorang YDPA yang tidak sukakan seorang Perdana Menteri daripada memecatkannya dengan membubar Parlimen dan ia kurang telus.

Caranya adalah melalui usul tidak percaya. Itu adalah peruntukan Perlembagaan mengenai isu ini mengikut fahaman saya. Jika saya berhenti di sini, tentu orang bertanya bagaimana mengatasi kemelut politik di Malaysia sekarang ini.

Untuk menjawabnya, ingat semula, kita masih ada Perdana Menteri. Dia tidak meletak jawatan secara sukarela atau kalah undi tidak percaya di Parlimen yang menghendakinya meletak jawatan. YDPA tidak ada kuasa memecat Perdana Menteri walaupun Baginda fikir Perdana Menteri itu tidak mempunyai majoriti lagi. YDPA hanya boleh membubar Parlimen jika diminta oleh Perdana Menteri dan Perdana Menteri tidak memintanya.

Maka satu-satunya jalan yang ada ialah melalui usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Speaker hendaklah bertindak bebas dalam menetapkan usul itu untuk dibahaskan. Ahli-Ahli Parlimen juga perlulah mengambil kira keadaan negara pada masa ini yang sedang menghadapi ancaman kesihatan dan ekonomi akibat wabak Covid-19. Janganlah semata-mata memikirkan kuasa dan kepentingan diri.

Katakanlah Speaker menetapkan tarikh untuk usul itu dibahaskan, Perdana Menteri kalah usul itu dan pilihan raya diadakan, adakah pengundi akan keluar mengundi?

Semua itu perlu difikirkan. Oleh itu, tidak bolehkah usul itu diketepikah dahulu sehingga keadaan sesuai untuk mengadakan pilihan raya. Pada masa itu eloklah Perdana Menteri meminta supaya YDPA membubarkan Palimen dan pilihan raya umum diadakan. Malah, ini boleh dijadikan satu gentlemen’s agreement antara ahli-ahli politik, jika mereka berfikir sedikit mengenai kepentingan rakyat dan negara.

Penulis ialah bekas Ketua Hakim Negara

Get real time updates directly on you device, subscribe now.