23 OKT: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun empat sen seliter menjadikan masing-masing RM1.94 seliter dan RM1.64 seliter mulai tengah malam ini sehingga 30 Oktober 2020.
Walau bagaimanapun, menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga diesel masih kekal pada paras RM1.74 seliter.
Penetapan harga minyak ini berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH