nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Media dimaklum tiada perutusan secara langsung malam ini

23 OKT: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dijadualkan membuat sebarang pengumuman secara langsung pada malam ini.

Wakil media dimaklumkan perkara itu malam ini selepas Perdana Menteri dilaporkan selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan.

Bagaimanapun ketika ini media belum dimaklumkan sama ada Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan berkenaan majlis menghadap petang tadi.

Berdasarkan gambar yang dikongsi di media sosial malam ini, sesi bergambar beramai-ramai itu turut disertai Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama bersama Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, beberapa Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut serta beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Safuddin Abdullah.

Kelihatan sama dalam gambar beberapa pegawai tertinggi awam antaranya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Mohd Ali, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdahulu memetik laporan Bernama, turut serta ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat meninggalkan Istana Abdulaziz Kuantan pada 7.10 malam tadi, selepas berada di situ selama lebih dua jam.

Pada pagi tadi, Muhyiddin dilapor mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.