nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

617 warga China ditahan terbabit sindiket penipuan

26 OKT: Polis menahan 617 individu warga China yang dipercayai terbabit dengan sindiket pusat panggilan ditahan menerusi 60 serbuan dilakukan bagi tempoh 1 Januari hingga 23 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata, seramai 868 individu warga China yang dipercayai terbabit dengan sindiket pusat panggilan ditahan menerusi 68 serbuan sepanjang tempoh itu.

“Daripada 60 serbuan pusat panggilan dilakukan pada tahun ini (sehingga 23 Oktober lalu), 29 serbuan membabitkan pusat panggilan penipuan pelaburan saham dalam talian, 28 serbuan berkaitan judi dalam talian dan tiga serbuan penipuan pinjaman wang.

“Bagi tahun lalu pula, 28 serbuan membabitkan pusat panggilan penipuan pelaburan saham dalam talian, 11 serbuan judi dalam talian, dua serbuan penipuan pinjaman wang serta tujuh serbuan Macau Scam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata, sindiket pusat panggilan berkenaan adalah dalang yang akan merekrut pekerja membabitkan warga China memandangkan mangsa juga adalah individu dari negara berkenaan sebelum mereka diberi latihan, tiket penerbangan serta ditawarkan gaji lumayan.

“Malah, dalang juga akan mendapatkan bantuan individu warga tempatan dari segi logistik, capaian internet, komputer, telefon bimbit serta penginapan pekerja,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pusat panggilan bagi kegiatan penipuan saham akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 9 malam setiap hari dengan mangsa dari China diperoleh menerusi media sosial termasuk aplikasi WeChat, Facebook dan QQ.

“Pelanggan kemudian dikehendaki memuat turun aplikasi berkaitan saham pasaran China. Mangsa akan dipengaruhi ahli sindiket yang menggunakan skrip disediakan.

“Malah, setiap pekerja perlu memastikan pelabur membuka akaun WeChat selain mempromosikan saham-saham yang menguntungkan di dalam kumpulan aplikasi berkenaan.

“Semua transaksi pembayaran menggunakan akaun di China iaitu melalui WeChat Pay atau Alipay,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan pembabitan dengan sindiket berkenaan termasuk tidak menyewa tempat kepada sindiket.

“Jangan memberi bantuan penyediaan pengangkutan dan logistik kepada sindiket serta sentiasa berhati-hati dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.