26 OKT: Seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan ditemukan oleh pihak berkuasa di lapangan terbang antarabangsa Doha, Qatar, baru-baru ini.
Memetik laporan AFP, ekoran kejadian itu, pihak berkuasa Qatar menggiatkan usaha mengesan ibu kepada bayi yang masih hidup.
Antara langkah diambil termasuk menyoal siasat setiap penumpang wanita termasuk dari negara-negara lain yang berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Doha bagi mengenal pasti ibu bayi berkenaan.
Difahamkan, mereka diperiksa untuk mengesan sama ada baru melahirkan anak dan perlu menjalani pemeriksaan pap smear.
Pihak berkuasa turut merayu bantuan orang ramai untuk mengesan ibu dan keluarga bayi tersebut.
“Bayi berkenaan masih belum dapat dikenal pasti identitinya tetapi selamat di bawah jagaan pegawai perubatan dan sosial profesional,” kata pengendali lapangan terbang Doha.