1) Wanita UMNO Malaysia menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.
2) Dengan titah Baginda ini maka bersesuaianlah saranan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk melakukan gencatan politik dalam memberi ruang kepada pemimpin Kerajaan untuk memberi fokus kepada pelbagai cabaran yang sedang melanda negara ketika ini.
3) Selain itu Wanita UMNO juga sebagai tulang belakang parti tegas dengan pendirian ‘No Dap’ dan menolak keras kerjasama dengan sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan Dap dan terus memperkukuhkan Muafakat Nasional.
4) Dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15, kita haruslah terus memperkukuhkan Muafakat Nasional kerana rakyat menerima baik kerjasama antara UMNO dan PAS malah ini adalah satu pilihan baru untuk rakyat bagi menyandarkan harapan agar suara mereka di bawa dengan baik.
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
Ketua Pergerakan Wanita UMNO