nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Noh nafi serang Najib dalam mesyuarat BN

27 OKT: Laporan sebuah portal yang mendakwa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang didakwa melakukan serangan terhadap Pengerusi Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mencadangkan kerjasama bersyarat dengan PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan oleh Noh menerusi laman Facebook miliknya sambil menyatakan beliau terkejut apabila membaca laporan portal itu yang turut mengaitkan nama Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

“Saya terkejut membaca laporan daripada portal yg melaporkan saya dan Dato Seri Nazri Aziz menentang DS Najib. Apa yang di tulis adalah tidak benar,” katanya.

NOH OMAR
NOH OMAR

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang memberitahu, perkara ini membuktikan laporan berita yang dihasilkan oleh portal tersebut adalah palsu.

Tambahnya, beliau tidak pernah menyerang Najib meskipun hadir ketika mesyuarat tergempar Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, semalam.

“Saya hanya memberi pandangan peribadi dan (Mohamed) Nazri juga tidak hadir. Ini menunjukkan laporan daripada portal ini tidak benar sama sekali,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan cadangan Najib supaya gabungan itu bekerjasama dengan Anwar untuk menggulingkan kerajaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat tentangan hebat pemimpin UMNO dan juga netizen di media sosial.

Selepas itu, dalam satu hantaran, Najib tampil menjelaskan laporan mengenai cadangannya dalam mesyuarat petang tadi yang mana jelasnya, dalam apa jua keadaan beliau telah menetapkan ‘tiada DAP’. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.