nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keyakinan Agong pada kerajaan PN tangani COVID-19

28 OKT: Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ahad lalu membuktikan keyakinan Seri Paduka dengan kemampuan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani penularan wabak Covid-19 dengan baik.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Al-Sultan Abdullah amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 dari terus merebak.

“Patik menjunjung kasih kepada kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang sangat teliti dan berhemat. Baginda turut menggunakan bahasa nasihat dan memberikan pandangan, bukannya titah perintah atau arahan yang memaksa,” kata Ahli Parlimen Marang menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata terdapat beberapa amaran dalam titah Yang di-Pertuan Agong yang perlu diberikan perhatian oleh semua Ahli Parlimen sama ada dari blok pembangkang mahu pun pro kerajaan PN.

Abdul Hadi berkata pertama, ahli politik memberhentikan segera sebarang politiking dan jangan sama sekali bertindak secara tidak bertanggungjawab.

“Muhasabah perlu dilakukan dengan ikhlas, sejauh mana politiking diberhentikan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab tiada dilakukan. Pemantauan yang serius juga perlu dilakukan, adakah kedua-dua tingkah laku yang diberikan amaran tersebut dilaksanakan?

“Patik sendiri melihat dengan mata kasar yang masih terang dan mendengar dengan telinga yang masih jelas, Alhamdulillah, namun patik menyerahkan kepada umum untuk membuat perhatian sendiri dengan kemampuan teknologi maklumat tanpa sempadan hari ini.

“Begitu juga dengan menggunakan segala saluran media terkini, sekalipun ada media yang berpenyakit cirit-birit secara tidak terkawal.

“Kenyataan terbuka menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja telah berpuas hati dengan langkah kerajaan terkini dalam menangani penularan wabak pandemik COVID-19.

“Di samping itu, Seri Paduka juga menasihati semua Ahli Parlimen supaya bertanggungjawab dengan tidak mengganggu gugat kerajaan sedia ada yang sedang menjalankan tugas dengan baik dan ada penambah baikan.

“Oleh kerana wabak pandemik COVID-19 masih marak di seluruh pelosok dunia, maka masalah yang gawat ini belum selesai dan sudah banyak negara yang terpaksa mengisytiharkan darurat,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.