nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Doa Malaysia bebas pandemik COVID-19

29 OKT: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT di saat negara ini masih dilanda pandemik COVID-19.

Beliau berkata, langkah itu boleh membantu usaha kerajaan memulihkan ekonomi dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ujian ini seharusnya mengukuhkan iltizam kita untuk lebih mengasihi dan mendekatkan diri kepada ajaran Rasulullah SAW yang tidak pernah melupakan kita sebagai umatnya.

“Semoga dengan usaha ini kita akan beroleh sebanyak mungkin keberkatan dan keredaan Allah SWT, serta kita semua digolongkan dalam kalangan umat yang sentiasa dikasihi dan kelak akan menerima syafaat Rasulullah SAW, insya-Allah,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1442/2020M menerusi laman Facebook miliknya, hari ini.

Perdana Menteri menambah, saban tahun, umat Islam akan memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai bukti kasih dan sanjungan terhadap risalah perjuangan serta pengorbanan baginda SAW terhadap umatnya.

Beliau berkata, tema sambutan pada tahun ini adalah “Ummah Rabbani Negara Harmoni”.dipilih untuk menggambarkan peri pentingnya sifat Rabbani dan kepatuhan hamba kepada Pencipta yang akhirnya akan membawa kepada keharmonian ummah dan negara.

“Rasulullah SAW adalah sebaik-baik teladan yang memiliki sifat-sifat Rabbani dan akhlak terpuji, yang tiada tolok bandingnya dan menjadi rujukan dalam kehidupan manusia. Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.” (Surah Al-Ahzab: 21).

“Bersempena sambutan Maulidur Rasul ini, saya ingin mengajak saudara dan saudari sekelian untuk memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menghayati sirah serta berusaha sedaya upaya untuk mencontohi Sunnah insan yang sangat mulia dan kita kasihi ini.,” katanya.

Muhyiddin memberitahu, beliau difahamkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggerakkan kempen Malaysia Berselawat yang mana peserta terdiri daripada rakyat Malaysia dianjurkan untuk merakam selawat dalam bentuk video pendek yang dikongsi di media sosial masing-masing dengan hashtag #SemarakCintaRasul serta tag laman sosial JAKIM.

“Ini bukan sahaja inisiatif yang sangat baik dan bersesuaian dengan amalan norma baharu yang perlu kita laksanakan dalam kehidupan seharian, bahkan yang lebih utama melambangkan bukti kasih sayang kita kepada baginda Rasulullah melalui amalan berselawat ke atas Nabi SAW.,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.