31 OKT: Sebuah kereta yang dipandu laju oleh lelaki tempatan merempuh pagar di luar pekarangan Masjidilharam di Mekah malam tadi.
Memetik laporan Agensi Akhbar Arab Saudi, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu, kenderaan tersebut dilihat melanggar sekatan sebelum merempuh pintu masuk selatan Masjidilharam.
Pihak berkuasa Arab Saudi telah menahan suspek yang dipercayai dalam keadaan ‘tidak normal’ dan dia akan didakwa atas kesalahan tersebut.
Rakaman video tentang insiden berkenaan mula tular dalam media sosial sejak malam tadi.
Walau bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana kereta itu boleh memasuki kawasan luar Masjidilharam yang kebiasaannya dikawal ketat oleh pihak berkuasa.
Beberapa jemaah dilaporkan melalukan tawaf mengelilingi Kaabah sebelum dan selepas kejadian namun tiada yang dilaporkan cedera.
Masjidilharam mula dibuka untuk umrah baru-baru ini selepas beberapa bulan ditutup ekoran penularan COVID-19.