2 NOV: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, hari ini, mengumumkan sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang baharu.
Menurut Azhar penubuhan jawatankuasa berkenaan dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 79(2) di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan adalah:
I. Jawatankuasa Pilihan Khas, Kebebasan Asasi dan Hak-hak di bawah Perlembagaan.
II. Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi
III. Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan
IV. Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri
V. Jawatankuasa Pilihan Khas Pertanian dan Perdagangan Dalam Negeri
VI. Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Infrastruktur
VII. Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan
VIII. Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial
IX. Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi.
Azizan berkata dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas baharu dengan pendekatan rentas parti adalah membuktikan komitmen Parlimen Malaysia untuk memperkasakan fungsi institusi perundangan negara yang lebih telus, diyakini dan unggul sesuai dengan kehendak semasa.
“Untuk tujuan penyelarasan pula, satu sekretariat khusus akan mengurusseliakan kesemua Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat akan diwujudkan.
“Dalam pada itu, Majlis Dewan juga mengambil maklum bahawa penubuhan Kumpulan Parlimen Rentas Parti atau ‘All Party Parlimentary Group Malaysia (APPGM) diteruskan dengan mematuhi peraturan dan garis panduan ditetapkan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI