nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Permit sementara pekerja asing bantu industri sawit

2 NOV: Kesediaan kerajaan mempertimbangkan pemberian permit sementara kepada pekerja asing yang berada di negara ini untuk bekerja dalam sektor perladangan kelapa sawit memberi nafas baharu kepada penggiat industri berkenaan.

Ketua Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Datuk Mohamad Nageeb Wahab berkata, inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu amat dihargai.

Menurut beliau, langkah itu akan dapat membantu pemain industri dan pekebun-pekebun kecil bagi mengurangkan tekanan ke atas isu yang membelenggu sektor berkenaan yang telah menyebabkan kehilangan potensi pengeluaran sebanyak 20 hingga 30 peratus pada masa ini.

“Penyelesaian isu ini akan membolehkan industri meraih pengeluaran seoptimum mungkin mengambil kira keadaan harga pasaran semasa yang baik yang seterusnya akan memberikan peningkatan hasil pulangan cukai kepada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Nageeb menambah, pihak industri telah melaksanakan langkah-langkah perlu dan komprehensif dalam usaha menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam sektor perladangan tetapi maklum balas yang diterima sehingga kini adalah amat minimum.

Beliau memberitahu, pemain industri juga secara serius melihat ke arah mengadaptasi penggunaan automasi dan mekanisasi penjenteraan operasi perladangan dalam tempoh masa sederhana bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.

“Kami berasa lega dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang berusaha untuk menyelesaikan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh industri dan pekebun-pekebun kecil serta mengambil kira kepentingan dan sumbangan industri minyak sawit terhadap ekonomi negara.

“Kami berharap inisiatif ini akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Mohamad Nageeb berkata, pihak industri juga berharap agar pekerja asing yang telah pulang bercuti ke negara asal diberikan kebenaran untuk pulang semula bekerja di Malaysia dan pembekuan pekerja asing dalam sektor perladangan dibatalkan dengan kadar segera. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.