nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPB seluruh Seremban, 5 – 18 Nov

3 NOV: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di daerah Seremban, Negeri Sembilan mulai 5 hingga 18 November ini berikutan peningkatan kes positif COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak sembilan mukim terlibat di bawah PKPB iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPB ini adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut SOP boleh rujuk dalam laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lot 1/7A, 1/7B dan 7/F Putra Point Nilai kekal seperti mana telah diumumkan sebelum ini,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

Selain itu, beliau memberitahu, sidang khas MKN hari ini juga bersetuju untuk PKPD di Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang selama 14 hari lagi bermula 5 sehingga 18 November ini.

Ismail Sabri menambah, sidang tersebut turut bersetuju untuk menamatkan PKPD di Penjara Zon Utara dan Zon Selangor pada 4 November, seperti yang dijadualkan.

Penjara Zon Utara yang terlibat adalah Pusat Koreksional Perlis, Penjara Sungai Petani, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting Perak dan Penjara Tapah.

Penjara Zon Selangor pula adalah Penjara Reman Sungai Buloh, Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang dan Pusat Koreksional Puncak Alam.

“Saringan oleh Kementerian Kesihatan sehingga kini mendapati kes positif COVID-19 di penjara dan pusat tahanan ini menunjukkan penurunan dan terkawal,” jelasnya.

Namun, katanya, bagi Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang, Kementerian Kesihatan melaporkan masih terdapat kes positif COVID-19 baharu sehingga 1 November lalu. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.