3 NOV : Ahli Parlimen PH Ipoh Timur, Wong Kah Woh dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 76(2).
Beliau turut mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Bersatu Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun sebagai Naib Pengerusi PAC.
Ahli-ahli PAC yang lain adalah seperti berikut:
Ahli Parlimen Bersatu Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh
Ahli Parlimen Bersatu Sipitang, Yamani Hafez Musa
Ahli Parlimen BN Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan
Ahli Parlimen BN Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar
Ahli Parlimen BN Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias
Ahli Parlimen GPS Sibuti, Lukanisman Awang Sauni
Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari
Ahli Parlimen PAS Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ahli Parlimen PH Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen PH Lumut, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli
Ahli Parlimen PH Kluang, Wong Shu Qi
Ahli Parlimen Warisan Papar, Ahmad Hassan. – Oleh HUSSAINI AMRAN