nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kakitangan Malindo Airways layak terima faedah SIP

4 NOV: Kementerian Sumber Manusia (KSM) memberi jaminan kakitangan Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo Airways) layak menerima faedah kehilangan pekerjaan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, KSM melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Malindo Airways, semalam.

“Perbincangan itu bagi memastikan hak pekerja yang terjejas dilindungi dan diberikan bantuan yang sewajarnya serta memperoleh pampasan daripada majikan.

“Pada masa sama, PERKESO akan membantu mereka dalam carian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs.

“Kakitangan Malindo Airways juga layak mengikuti program latihan (reskilling, upskilling) yang disediakan oleh PERKESO atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), di mana yuran latihan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saravanan berkata, pihaknya amat memahami dan prihatin terhadap permasalahan dihadapi oleh pekerja industri penerbangan di negara ini.

Katanya, sektor penerbangan antara sektor yang paling terjejas sehingga kini disebabkan kekangan pergerakan penumpang dan juga pelancong dari dalam dan luar negara akibat penularan pandemik COVID-19.

“Pemulihan sektor ini dijangka mengambil masa yang lama sehingga 2023 dan memaksa majikan dalam industri penerbangan mengambil keputusan untuk melepaskan pekerja bagi mengelakkan syarikat menanggung kerugian berterusan termasuklah Malindo Airways,” katanya.

Beliau berkata, kakitangan yang terbabit dengan pemberhentian kerja dinasihatkan supaya segera mengemukakan permohonan faedah SIP secara dalam talian melalui eis.perkeso.gov.my atau hadir di mana-mana pejabat PERKESO yang berhampiran.

Katanya, dalam perbincangan semalam, pengurusan Malindo Airways menyatakan pihaknya menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) bagi tempoh dua bulan iaitu bagi April dan Mei yang lalu.

“Bayaran ERP untuk April sudah memberikan manfaat kepada 2,112 pekerja Malindo Airways dengan membabitkan bayaran sebanyak RM1.26 juta. Bayaran ERP bagi Mei pula, memberikan manfaat kepada 2,478 pekerja dengan membabitkan bayaran RM1.48 juta,” katanya.

Beliau berkata, semua kakitangan syarikat berkenaan yang menerima ERP tidak diberhentikan kerja pada bulan terbabit.

“Pada masa sama, Malindo Airways juga mengesahkan sudah menerima bayaran itu dan ia sudah disalurkan kepada semua pekerja terbabit.

“Rekod PERKESO turut menunjukkan Malindo Airways sudah menerima bayaran Program Subsidi Upah (PSU) berjumlah RM240,000 bagi Julai dan Ogos yang membabitkan 200 pekerja,” katanya.

Malindo Airways sudah melaksanakan pemberhentian pekerja membabitkan 2,647 orang sejak 1 November lalu.

Syarikat berkenaan juga menawarkan notis cuti tanpa gaji bagi tempoh satu tahun kepada 439 kakitangan dengan harapan ekonomi kembali pulih dan mereka akan dipanggil bekerja semula.

Seramai 347 lagi telah ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS), manakala baki 1,861 pekerja diberi notis pemberhentian kerja dengan pampasan minimum di bawah Akta Kerja 1955.

Katanya, PSU adalah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban majikan dari segi kos operasi dan secara tidak langsung mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

Dalam perkembangan lain, Saravanan berkata, 439 kakitangan Malindo Airways yang menerima notis cuti tanpa gaji boleh menganggap bahawa kontrak perkhidmatan mereka sudah terputus dan seterusnya mengemukakan tuntutan kehilangan pekerjaan di bawah SIP, supaya mereka mendapat bantuan untuk kelangsungan hidup sementara mendapat pekerjaan baharu. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.