4 NOV: Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang ditubuhkan pada 1956, bakal diberi ‘nafas baharu’ dengan dinaik taraf menjadi universiti.
Menjengah usia 64 tahun, perubahan status pusat latihan yang mulanya dikenali sebagai Maktab Koperasi Malaysia itu dijangka berupaya meningkatkan daya saing, kualiti dan sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut mengesahkan usaha ini telah pun dilaksanakan pihaknya bagi memastikan perkara ini dapat direalisasikan yang dapat mengangkat martabat koperasi di mata masyarakat.
“Sebanyak 30 peratus subjek yang diajar di IKM berteraskan usahawan yang mempunyai keunikan dan latihan sendiri dan kita mahukan IKM dijadikan universiti penuh supaya mempunyai displin latihan yang menu. Subjek yang di ajar antarnya adalah ilmu koperasi, ilmu mentadbir, mengurus koperasi, ilmu perniagaan dan pelbagai lagi.
“Kita mensasarkan mahu mengambil anak-anak ahli koperasi untuk dilatih. Kerana itu, kita mahu mendapat kelulusan KPT untuk memberi akreditasi atau pengesahan untuk IKM apabila menjadi universiti nanti. Ini dirancang bagi memberi latihan supaya mereka dapat mengurus koperasi di samping memberi ilmu keusahawanan dan pengauditan dan perakuan kewangan.
“Saya menerima hakikat (kelemahan) dari sudut pengauditan dan keusahawan, itu sebab mengapa koeprasi kita hanya 20 epratus sahaja terlibat selain sektor pertanian,” katanya ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020 di persidangan Dewan Rakyat, hari ini
Dalam pada itu, Wan Junaidi memberitahu, pindaan akta ini amat relevan ketika ini bagi memudahkan penubuhan koperasi di samping menggalakan penglibatan masyarakat dalam koperasi di samping mampu mengelakkan kadar pengganguran khususnya ketika ini yang berdepan pandemik COVID-19.
Menurut beliau, kebanyakan negara di seluruh dunia telah pun mengurangkan jumlah ahli sebagai syarat untuk penubuhan koperasi baharu yang perlu dilaksanakan agar koperasi di Malaysia setaraf dan setanding di luar negara.
“Ini merupakan langkah terbaik dan cadangan dibuat mengambil keluar 2017 dan digna pakai pada pindaan 2018 2019 adalah relevan supaya kita dapat bergerak ke hadaopan bersama koperasi di seluruh dunia,” katanya.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata, walaupun koperasi di Malaysia mempunyai jumlah sebanyak 14668 namun hampir 80 peratus koperasi terdiri daripada ahli yang bergolongan B40 yang mempunyai kesukaran kepada koperasi untuk mengagihkan keuntungan.
“Walaupun banyak koperasi mempunyai kekayaan aset dan kebolehan pendapatan tinggi tetapi dalam masa sama ahlinya masih orang B40 oleh kerana 80 epratus B40 ini kumpulan yang sangat terejas ketika PKP dilaksanakan.
“Kita sedang mewujudkan mekanisma terbaik bagi mencari cari terbaik agar kemakmuran bersama dapat dilaksanakan antara koperasi dan ahlinya menerusi transformasi koperasi,”katanya. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH