nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Basmi rasuah perlu libatkan semua, penerima dan pemberi

5 NOV: Gejala rasuah dalam kalangan anggota keselamatan boleh ditangani jika semua pihak memberikan kerjasama bukan hanya penumpuan kepada anggota penguat kuasa di lapangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata beliau percaya isu rasuah tidak akan timbul jika tiada pihak yang memberi dan menerima habuan berkenaan.

Justeru, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, berkata kesedaran dan pendidikan mengenai rasuah itu perlu membabitkan semua lapisan masyarakat dan di dalam perkhidmatan awam dari pegawai hingga anggota penguat kuasa di peringkat bawah.

“Kesedaran ini juga perlu bermula di peringkat atas dari pimpinan negara turun ke pegawai kita dan anggota dan akhirnya kepada rakyat. Perlu ada satu kerjasama dengan rakyat dan kita jangan asyik memfokus kepada anggota penguat kuasa saja (lakukan rasuah).

“Contohnya, apabila berlaku sekatan jalan raya, apabila kita tahan pengguna yang melakukan kesalahan ramai yang akan kata mesti anggota kita hendakkan duit, sedangkan apa yang dilakukan mereka adalah untuk menguatkuasa undang-undang.

“Kemungkinan (minta duit) itu ada tetapi jika tidak ada yang memberi (duit) maka ini tidak berlaku. Sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai warganegara maka jika lakukan kesalahan, bayar saja kompaun yang dikenakan,” katanya dalam wawancara khas sempena pelancaran “Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2020-2024” di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya yang disiarkan secara langsung melalui Facebook, hari ini.

Buku Pelan Antirasuah Organisasi KDN 2020-2024 telah dibangunkan sejajar dengan hasrat kerajaan dalam menangani isu rasuah, tadbir urus dan isu integriti yang berlaku dalam sistem pengurusan pentadbiran kerajaan.

Pelan berkenaan adalah susulan pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 – 2023 pada 29 Januari 2019 yang mengandungi inisiatif yang perlu dilaksanakan oleh semua bahagian di dalam kementerian.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata kesedaran dan pendidikan serta jati diri perlu ada dalam diri setiap anggota penguat kuasa berkaitan gejala rasuah.

Beliau berkata, sebagai penguat kuasa mereka sepatutnya sudah dapat membuat penilaian kendiri mengenai rasuah dan integriti namun buku panduan yang dihasilkan kementerian sebagai panduan serta bahan peringatan untuk semua.

“KDN komited dalam melaksanakan segala inisiatif yang dirancang dan menjadi kewajipan semua pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala inisiatif dapat direalisasikan dalam usaha memperkukuhkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Langkah itu dapat memastikan negara ini bebas daripada amalan rasuah. Hala tuju dan kerangka tindakan pencegahan rasuah yang lebih berstruktur dan jelas ini diharapkan dapat memantapkan integriti, tadbir urus dan antirasuah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.