nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRU-15: Tiada ceramah, syarahan, perhimpunan

5 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin tidak membenarkan sebarang bentuk ceramah, syarahan dan perhimpunan beramai-ramai jika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 diadakan dalam tempoh pasca COVID-19.

Berikutan itu, calon atau parti digalakkan untuk menggunakan media massa, media sosial dan media cetak bagi tujuan berkempen, selain, taklimat dan latihan kepada petugas pilihan raya akan dilaksanakan secara atas talian.

Itu adalah antara garis panduan dan perancangan yang sedang diteliti SPR bagi menghadapi kemungkinan berlakunya PRU-15 dalam tempoh pasca COVID-19.

takiyuddin
TAKIYUDDIN HASSAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini adalah penting bagi memastikan pengendalian penjalanan PRU-15 berjalan dengan selamat, lancar dan sempurna.

Beliau yang juga Ahli Parlimen PAS Kota Bharu berkata SPR dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah merangka dan menyediakan satu Garis Panduan Pencegahan COVID-19 Bagi pelaksanaan pilihan raya sama ada PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK).

Takiyuddin berkata, garis panduan ini akan disesuaikan selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan semasa di bawah Akta 342 yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan seperti yang telah dilaksanakan dalam pilihan raya sebelumnya iaitu PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, PRK DUN Slim dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.

“Antara langkah pencegahan COVID-19 yang dilaksanakan adalah pembersihan dan sanitasi di semua premis yang akan digunakan bagi tujuan pelaksanaan pilihan raya di mana ia perlu dilakukan disinfeksi sebelum dan sebaik sahaja selepas selesai digunakan berdasarkan garis panduan KKM.

“Kawalan kehadiran di setiap premis yang digunakan bagitujuan pilihan raya adalah pada jumlah paling minima yang mana tidak menjejaskan proses pilihan raya dan mematuhi penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

“Selain itu, maklumat kehadiran setiap individu seperti nama dan nombor telefon perlu direkodkan sama menggunakan QR code di aplikasi MySejahtera atau catatan buku secara manual,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Takiyuddin menjawab soalan Ahli Parlimen BN Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi minta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak Suruhanjaya Pilihan Raya membuat sebarang kajian atau perancangan khusus berkenaan prosedur operasi standard (SOP) jika pilihan raya sekiranya PRU-15 terpaksa dilakukan dalam keadaan negara masih mengalami pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata pemeriksaan suhu badan juga wajib dilakukan kepada semua individu yang hadir di premis yang digunakan bagi tujuan pilihan raya.

Beliau berkata mana-mana individu bergejala seperti mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C, batuk, sakit tekak atau susah nafas tidak dibenarkan masuk ke premis dan perlu meninggalkan premis dengan segera.

“Penjarakan fizikal di premis perlu dilaksanakan di mana susun atur meja di setiap premis yang digunakan disusun dengan jarak dua meter manakala jarak antara individu adalah satu meter.

“Penggunaan pensanitasi tangan dan sabun tangan oleh setiap orang yang hadir ke premis sebelum dan selepas selesai urusan bagi tujuan pelaksanaan pilihan raya,” katanya.

Katanya, penggunaan sarung tangan getah adalah diwajibkan bagi semua petugas pilihan raya dan pegawai SPR yang bertugas bagi setiap proses pilihan raya.

Begitu juga dengan penggunaan pelitup muka adalah wajib bagi semua individu yang hadir di premis-premis yang digunakan bagi tujuan pelaksanaan pilihan raya.

“Pengundi yang bergejala di mana pengundi yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C, batuk, sakit tekak atau susah nafas hendaklah diasingkan serta-merta daripada pengundi yang lain dan mengundi di tempat khas (khemah khas untuk memangkah).

“Penganjuran sebarang bentuk ceramah, syarahan dan perhimpunan bagi tujuan kempen oleh mana-mana parti politik sepanjang tempoh berkempen adalah tidak dibenarkan.

“Calon atau parti digalakkan untuk menggunakan media massa, media sosial dan media cetak bagi tujuan berkempen manakala, taklimat dan latihan kepada petugas pilihan raya akan dilaksanakan secara atas talian,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.