6 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 456 individu atas kesalahan melanggar dan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 455 telah dikompaun manakala seorang lagi telah direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuklah tidak memakai pelitup muka (143), penjarakan fizikal (137), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (77), aktivti pusat hiburan (28), dan lain-lain (71).
“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta dua tekong berjaya ditahan di samping sembilan kenderaan berat berjaya dirampas.
Tegas beliau, pihak berkuasa juga telah membuat 277 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.
“Agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tegasnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH