nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kaedah, syarat pengeluaran Akaun 1 diumum 11 Nov

7 NOV: Permohonan bagi penambahan kemudahan pengeluaran bersasar simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan bermula pada Januari 2021 manakala perincian lebih lanjut mengenai perkara ini akan diumumkan selewat-lewatnya pada 11 November 2020.

Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias berkata, kebenaran untuk ahli mengakses simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain daripada yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 adalah sesuatu yang belum pernah berlaku atau dilaksanakan sebelum ini.

Menurut beliau, keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan sememangnya tidak boleh dibuat dengan tergesa-gesa.

Tunku Alizakri
TUNKU ALIZAKRI RAJA MUHAMMAD ALIAS

“Ini kerana, simpanan dalam Akaun 1 (70 peratus dari simpanan) telah ditetapkan untuk persaraan ahli manakala simpanan dalam Akaun 2 (30 peratus dari simpanan) pula diperuntukkan bagi pengeluaran tertentu sahaja.

“Namun, KWSP telah menemui jalan tengah untuk membolehkan ahli mengakses simpanan mereka tanpa menjejaskan persaraan mereka pada masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Alizakri memberitahu kemudahan pengeluaran tambahan itu adalah sangat khusus dan disasarkan kepada ahli yang benar-benar memerlukan bantuan wang tunai.

”KWSP juga sedang mempertimbangkan untuk membenarkan ahli membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk mendapatkan produk insurans dan takaful yang merangkumi insurans nyawa/ keluarga dan penyakit kritikal daripada syarikat insurans dan takaful yang diluluskan.

”Produk-produk ini akan disediakan melalui i-Akaun, yang akan disesuaikan untuk ahli KWSP dengan harga premium yang berpatutan dan dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan,” katanya.

Selain itu, Alizakri menambah pihaknya juga menyambut baik keputusan kerajaan berkenaan penurunan kadar caruman minimum syer pekerja kepada sembilan peratus, mulai Januari 2021 hingga Disember 2021, yang mengambil kira tekanan ekonomi dan juga pengurangan pendapatan ahli.

Beliau berkata, dengan wang tambahan yang dilaksanakan ini dapat meringankan rakyat yang betul betul memerlukan dan terjejas disebabkan COVID-19.

“Pandemik COVID-19 masih belum reda dan kita harus hidup dengannya selama beberapa tahun akan datang. Kami berharap wang tambahan untuk ahli kami dapat meningkatkan pendapatan boleh guna mereka dan memacu perbelanjaan domestik.

“Memandangkan KWSP mewakili hampir 50 peratus populasi rakyat Malaysia dengan 14.6 juta ahli, KWSP akan mengambil pendekatan proaktif dalam memberikan pandangan dan membantu Kerajaan mewujudkan penyelesaian secara holistik untuk mencapai kesejahteraan sosial bagi ahli KWSP khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.

”Kami akan terus memperjuangkan isu perlindungan sosial bersama-sama dengan agensi-agensi dan badan-badan yang lain melalui MySPC (Majlis Perlindungan Sosial Malaysia) dan akan berusaha untuk meningkatkan sistem perlindungan sosial untuk masa depan rakyat Malaysia,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.