nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong, PM ucap takziah pada keluarga lagenda bola sepak

8 NOV: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak dan Olimpian negara, Datuk Mohamad Bakar yang meninggal dunia, hari ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham tabah menghadapi suasana sedih dan pilu itu.

“Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada negara dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak melupakan jasa dan pengorbana Mohamad yang meninggalkan dunia pagi tadi.

Kata Perdana Menteri, beliau juga berkongsi kesedihan seluruh peminat sukan bola sepak tanah air di atas pemergian Allahyarham.

“Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka tabah dan bersabar menghadapi ujian ini.

“Bagi pihak kerajaan, saya ucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangan Allahyarham sepanjang berkecimpung dalam arena bola sepak, terutamanya ketika membantu skuad negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.

“Kerajaan juga tidak akan melupakan jasa Allahyarham yang pernah menjadi Penolong Jurulatih skuad Olimpik Moscow 1980 dan sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya pada 1985,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Sementara itu, beliau berkata, jasa dan pengorbanan Allahyarham akan terus dikenang negara dan rakyat untuk selamanya.

“Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Mohamad memulakan karier sebagai pemain Pulau Pinang pada sekitar 1960-an dan menyinari persada sukan bola sepak negara sebagai pemain kebangsaan pada era 70-an.

Allahyarham merupakan pemain sayap kanan skuad bola sepak kebangsaan yang berjaya layak ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.

Beliau pernah menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik Moscow 1980 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 1985.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.