10 NOV: Sekumpulan lanun bersenjata menyerang tiga buah kapal di Selat Singapura dalam kejadian kelmarin.
Memetik laporan Agensi, semua kapal terbabit berada di lokasi yang berdekatan dan kejadian berlaku dalam masa enam jam.
Pusat Perkongsian Maklumat Bagi Menangani Lanun dan Rompakan Bersenjata (ReCAPP) tidak menolak kemungkinan kejadian serupa akan berulang kerana masih belum ada lanun yang ditangkap.
Walau bagaimanapun, tiada anak kapal yang cedera manakala sebuah kapal melaporkan kecurian peralatan dan sebuah lagi mengalami kecurian pelampung.
Difahamkan, kapal yang ketika tidak mengalami kecurian.
Insiden serangan lanun itu merupakan yang ke-31 dalam perairan Singapura tahun ini.