10 NOV: Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM11.9 bilion bagi segala bantuan berbentuk sekali bayar (one-off) sehingga 23 Oktober lalu dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan ketika menghadapi cabaran mendepani pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai 16.3 juta telah menerima bantuan tersebut di samping kerajaan membantu mengurangkan beban rakyat dalam bentuk bantuan lain seperti pemberian diskaun elektrik dan sewa rumah membabitkan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menurut beliau, Program Subsidi Upah (PSU) juga dilaksanakan yang bukan sahaja dapat membantu menggurangkan kadar pengganguran malah membantu majikan yang terkesan akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat dan menggelakkan pekerja daripada dibuang dan hilang sumber pendapatan.
“Setakat 23 Oktober, sebanyak RM11.9 billion PSU telah diluluskan untuk memanfaatkan lebih daripada 322,000 majikan serta lebih 2.6 juta menerima manfaat ini.
“Keseluruhannya, hampir RM18 billion tersedia untuk PSU dan PSU2.0. Secara keseluruhan kerajaan akan sentiasa memberi komitmen dan komited dalam membantu perniagaan dan ekonomi negara dalam mendepan cabaran pasca COVID-19,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen BN Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berhubung perancangan kerajaan pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) wabak COVID-19 bagi membantu rakyat yang kehilangan sumber pendapatan atau pun yang pendapatan mereka yang semakin mengecil akibat daripada potongan gaji dan sebagainya.
Dalam pada itu, bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Nazlan menyatakan langkah tambahan Kerajaan dalam menangani Belanjawan 2021 bagi membantu golongan terjejas, Tengku Zafrul memberitahu kerajaan amat berpegah teguh terhadap perkara itu dengan memberikan fokus kepada tiga dalam memastikan ianya mewujudkan kesinambungan kepada semua pihak.
“Belanjawan 2021 merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Belanjawan 2021 memberi penekanan golongan rentang dan golongan kurang berkemampuan. Antaranya Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Sara Hidup (BSH) ditambah baik dan diluluskan dari 4.3 juta rakyat kepada 8.1 juta rakyat.
“Dengan peruntukannya sebanyak 6.5 billion. Langkah baharu memperuntukkan RM1.5 billion menerusi Jaringan Prihatin di mana RM180 diberi secara one off seperti telekomunikasi, perlindungan MySalam dan bantuan kebajikan OKU dan kanak-kanak yang juga ditingkatkan kepada RM1,000 sebulan.
“Bantuan tersebut telah memanfaatkan 2.2 billion dan 400,000 keluarga miskin telah menerimanya. Selain itu, turut mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan baharu, langkah kukuhkan kesihatan awam dan pelbagai langkah demi kesejahteraan rakyat,”. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH