16 NOV: Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan lima daripada 17 pejabat Education Malaysia di luar negara mungkin ditutup berikutan pelaksanaan rasionalisasi bagi mengurangkan pertindihan peranan serta tanggungjawab dalam mewujudkan sektor awam yang dinamik.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mansor Othman berkatam, pejabat yang terlibat adalah di Chicago, Los Angeles, Ho Chi Minh City, New Zealand, dan Perth, Australia dan cadangan penutupan ini bakal dilaksanakan berikutan tiada lagi penyumbangan pelajar luar negara sambung belajar di Malaysia di samping berlakunya kekurangan peruntukan.
“Bagi memperhalusi rancangan rasionalisasi, beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan pemegang taruh kementerian dan Kementerian Luar telah diadakan.
“Hasilnya satu cadangan rasionalisasi Pejabat Education Malaysia telah dikemuka kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dibentang kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penubuhan Pemindaan dan Penutupan Pejabat Kerajaan di luar negeri pada 6 Januari 2020.
“Jawatankuasa itu juga mencadangkan agar resonalisasi ini dilaksanakan secara inklusif. Buat masa ini pejabat rasionalisasi sedang dikaji dan diperhalusi secara menyeluruh di peringkat pusat,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bebas Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik tentang status semasa rasionalisasi pejabat-pejabat Education Malaysia di luar negara.
Dalam pada itu, menjawab pertanyaan tambahan Maszlee tentang perancangan antarabangsa pendidikan tinggi dalam menarik minat pelabur luar negara, Mansor memberitahu pihaknya sentiasa memandang serius dan melaksanakan pelbagai inisatif dalam melaksanakan perkara itu.
“Kementerian ambil perhatian tentang perkara itu khususnya sekarang kerajaan beri fokus utama pendidikan tinggi melalui IPTS sebagai industri yang mampu meningkatkan pendapatan negara.
“Justeru itu, usaha promosi dilaksanakan bersama-sama IPTS dan universiti awam untuk mendapatkan pelajar dari luar negera di samping tingkatkan mutu dan kualiti penyampaian pembelajaran di universiti tempatan seperti mana yang diusahakan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam dahulu,” – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH