nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dua juta pencarum terjejas COVID-19 dapat manfaat

16 NOV: Kerajaan berharap pendekatan program i-Sinar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat meringankan beban aliran tunai serta memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa berdepan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, program itu adalah kesinambungan kepada program i-Lestari (pengeluaran simpanan Akaun 2) yang dilancarkan KWSP pada Mac lalu.

Menurut beliau, di bawah i-Sinar, syarat pengeluaran adalah terbahagi kepada kategori simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah serta kategori simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000.

“Buat kategori ahli KWSP yang memiliki simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah, ahli boleh membuat pengeluaran secara beransur selama enam bulan sehingga maksimum RM9,000; dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.

“Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan. Buat kategori ahli yang mempunyai jumlah simpanan Akaun 1 yang melebihi RM90,000, ahli dibenarkan mengeluarkan secara ansuran selama enam bulan sehingga maksimum RM60,000 (tertakluk kepada jumlah simpanan).

“Dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000. Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM10,000 sebulan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

kwsp

Tengku Zafrul memberitahu, i-Sinar adalah hasil beberapa sesi perbincangan yang diadakan bersama kerajaan untuk memperhalusi dan menambah baik inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar.

“Penambahbaikan ini dibuat berpandukan data dan analisa profil tanggungan ahli KWSP yang terkesan serta pertimbangan tren jangkitan COVID-19.

“Pendaftaran i-Sinar akan bermula pada Disember ini dan pengeluaran pertama akan dilaksanakan mulai Januari 2021. Butiran lanjut boleh didapati di pautan www.kwsp.gov.my,” katanya.

Dalam pada itu, Zafrul juga berkata, KWSP mensasarkan sehingga dua juta ahli yang terkesan COVID-19 akan dapat memanfaatkan i-Sinar, iaitu golongan yang telah kehilangan pekerjaan, pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama dua bulan berturut-turut atau pekerja yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan.

Justeru itu, tambah beliau, kerajaan ingin mengingatkan bahawa program i-Sinar akan berjalan serentak dengan beberapa lagi inisiatif dan bantuan menerusi KWSP, termasuk program i-Lestari dan pengurangan caruman bulanan oleh pekerja yang telah diumumkan dalam PRIHATIN dan Belanjawan 2021.

“Program i-Sinar dianggarkan bernilai sebanyak RM14 bilion, program i-Lestari RM30 bilion, pengurangan caruman pekerja kepada tujuh peratus (bagi tahun 2020) bernilai RM8 bilion dan pengurangan caruman kepada sembilan peratus (bagi tahun 2021) pula dianggarkan sebanyak RM9 bilion.

“Keseluruhannya, nilai inisiatif KWSP bagi membantu kelangsungan hidup rakyat bagi tahun 2020-2021 adalah berjumlah RM61 bilion,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan sedar bahawa KWSP adalah simpanan hari tua ahli, maka terdapat keperluan untuk mengimbangi antara bantuan untuk menghadapi cabaran masa kini dengan kepentingan persaraan untuk masa depan.

“Kerajaan yakin bahawa pendekatan yang diambil dapat mengimbangi keperluankeperluan ini. KWSP memberi jaminan bahawa usaha akan diteruskan untuk memenuhi mandat kepada ahlinya iaitu mengukuhkan jaringan perlindungan sosial melalui pelaburan dan pembangunan secara lebih strategik.

“KWSP memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara secara langsung dan tidak langsung. Antara lain, KWSP memegang 30 peratus bon kerajaan, 25 peratus bon korporat dan 10 peratus dalam pasaran ekuiti.

“Dalam hal ini, kebolehan KWSP untuk terus menyokong usaha kerajaan dalam melindungi rakyat dan pembangunan negara adalah hasil kecekapan pengurusan dan ketelusan kawalan selia yang berterusan sejak dahulu lagi. Kerajaan berterima kasih kepada KWSP dalam perkara ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.