nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penjawat awam Pahang terima bantuan khas RM1,000

16 NOV: Kerajaan negeri Pahang mengumumkan bantuan khas RM1,000 kepada 8,000 kakitangannya yang akan dibayar sebelum 16 Januari depan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan keseluruhan bayaran khas kewangan itu berjumlah RM8 juta tanpa pengecualian gred, bertambah berbanding RM750 yang diberikan pada tahun lalu.

“Insya-Allah, pada tahun yang mendatang, sekiranya prestasi kewangan negeri bertambah kukuh, tidak mustahil kerajaan kegeri akan memberikan bantuan khas kewangan ini dengan lebih lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 kerajaan negeri Pahang pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di Kuantan hari ini.

Pada masa sama, Wan Rosdy berkata, seramai 2,978 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Pahang akan menerima RM300 seorang secara sekali bayar yang membabitkan peruntukan berjumlah RM893,400.

“Harapan kerajaan negeri agar kita sentiasa ingat, jika berbelanja janganlah sampai boros dan jika berjimat janganlah sampai kedekut,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga bersetuju memberikan peruntukan RM1.5 juta melalui Program Cakna Suri, iaitu ujian mamogram secara percuma kepada 6,000 wanita di Pahang, tahun depan.

“Peserta akan dipilih berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan untuk program ini yang bermula awal tahun depan di klinik yang dipilih. Semoga peruntukan ini dapat membantu pengesanan awal kanser payudara yang sering dihadapi wanita kini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.