17 NOV: Adun Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, meninggal dunia di Hospital Gleneagles hari ini.
Wakil rakyat Warisan berusia 65 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.
Beliau yang juga Ketua Wanita Warisan Semporna dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) semalam dan meninggal dunia sebentar tadi.
Pada pilihan raya negeri Sabah September lalu, Manis Muka mempertahankan Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi dalam pertembungan 7 penjuru.
Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal yang mengesahkan perkara itu turut merakam ucapan takziah kepada keluarga allahyarhamah.