18 NOV: Seramai tiga anggota tentera terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan roket rejim Zionis Israel yang menyasarkan Tentera Al-Quds Iran dan Angkatan Bersenjata Syria di Syria, hari ini.
Agensi berita Syria, SANA melaporkan, tentera rejim melancarkan roket dari arah Bukit Golan.
Beberapa butir roket ditembak jatuh oleh pasukan pertahanan udara Syria.
“Apa yang dilakukan Iran dan Syria adalah meletakkan alat peledak yang ditambah baik oleh Alpha Line untuk meledak tentera Israel.
“Apa yang kami lakukan hanya menyerang sasaran Tentera Al-Quds Iran dan Angkatan Bersenjata Syria.
“Kami bersiap sedia untuk menjalankan operasi menentang penguasaan Iran di Syria,” kata jurucakap tentera rejim Zionis.