Selaras dengan subseksyen 13 (2) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah melantik Puan Norhayati binti Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif / Setiausaha EAIC yang berkuat kuasa mulai 16 November 2020.
Sebelum pelantikan ini, Puan Norhayati binti Ahmad memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Penyemak dan Pembaharuan Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya sejak tahun 2017.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2015 – 2017) dan Timbalan Ketua Pengarah di Institut Latihan
Kehakiman dan Perundangan (2014 – 2015).
Puan Norhayati binti Ahmad menggantikan Tuan Mohamad Onn bin Abdul Aziz mantan Ketua Pegawai Eksekutif / Setiausaha EAIC yang telah kembali bertugas ke Jabatan Peguam Negara pada 2 Mei 2020.
EAIC mengucapkan tahniah dan yakin pelantikan ini akan dapat memperkasakan usaha dan komitmen EAIC dalam memartabatkan integriti di kalangan agensi penguatkuasaan seliaan EAIC.
INTEGRITI DIJULANG NEGARA BERMARUAH
TAN SRI MOHD SIDEK HAJI HASSAN
Pengerusi
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
18 November 2020