nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

APEC disaran terap agenda Kemakmuran Bersama

20 NOV: Malaysia mengesyorkan negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menerapkan agenda Kemakmuran Bersama supaya setiap lapisan masyarakat dapat merasai kesan limpahan pertumbuhan ekonomi serantau tanpa ada yang tertinggal.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendekatan kemakmuran bersama yang sudah dilaksanakan di Malaysia mampu menangani kepincangan aspek agihan kekayaan supaya lebih saksama.

Katanya, perdagangan dan pelaburan selama ini menjadi pemangkin ke arah pertumbuhan ekonomi dan pengembangan kemakmuran di rantau Asia Pasifik namun, wujud kebimbangan yang semakin meruncing apabila segelintir segmen masyarakat di rantau ini, masih tidak menerima ‘limpahan’ kekayaan daripada kedua-dua faktor ekonomi berkenaan.

“Berdasarkan pandangan Malaysia, ini berupaya ditangani menerusi kemakmuran bersama. Kemakmuran bersama ialah usaha penjajaran semula pembangunan ekonomi dan kemakmuran, bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat terbabit secara langsung dalam rangkaian aktiviti ekonomi.

“Selain itu, pendekatan sebegini dapat menjamin setiap segmen masyarakat merasai kesan limpah daripada pertumbuhan ekonomi yang dirintis negara anggota.

“Kemakmuran bersama juga akan memacu fokus APEC dalam meningkatkan taraf hidup setiap rakyat,” katanya dalam ucaptama pembukaan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) 2020, yang berlangsung secara maya malam ini.

Selari tema APEC 2020, iaitu Mengoptimumkan Potensi Insan Ke Arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran, Muhyiddin berkata, ia menjadi peringatan kepada negara anggota bahawa sebarang usaha yang dilakukan perlu menyumbang kepada kemakmuran rakyat.

Bersandarkan analogi itu, kata Perdana Menteri, ia wajar diterjemahkan kepada tekad negara anggota APEC untuk menggembleng tenaga dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 yang sehingga kini menyaksikan struktur ekonomi global menjadi ‘lumpuh’ angkara krisis kesihatan berkenaan.

“Tidak dapat tidak, pandemik COVID-19 mencetuskan kesan berpanjangan terhadap cara kita memacu usaha perdagangan dan memberi keutamaan ekonomi dalam kalangan negara anggota APEC.

“Hari ini, dalam kita merencana kerjasama untuk menangani impak COVID-19, kewujudan APEC menjadi semakin relevan. Tatkala merintis usaha penyelesaian bagi mengimbangi kepentingan ekonomi dan kesihatan rakyat, kita diingatkan untuk mengetepikan perbezaan.

“Sebaliknya, cari titik persamaan di antara kita kerana faktor sedemikian bakal menjadi ‘resepi’ utama yang mampu menyelamatkan manusia ketika dilanda malapetaka.

“Sehubungan itu, kita perlu memastikan setiap orang menerima capaian kepada vaksin dan teknologi kesihatan yang mampu milik serta berasaskan prinsip kesaksamaan,” jelas Muhyiddin.

Menyingkap siri kejayaan APEC, Perdana Menteri berkata, jumlah dagangan antara ekonomi negara gabungan itu dengan dunia kini melonjak lebih empat kali ganda, sejak perjanjian Matlamat Bogor dimeterai pada 1994.

Hanya dalam tempoh 26 tahun, beliau berkata, APEC kini mewakili hampir 50 peratus daripada keseluruhan jumlah dagangan dunia, sekali gus mencerminkan tahap perpaduan 21 negara anggota.

“Bersandarkan prinsip perpaduan itu, lebih dua pertiga daripada peratusan dagangan itu dilaksanakan sesama negara anggota APEC. Begitu juga dengan aspek pelaburan apabila aliran masuk modal ke dalam ekonomi APEC meningkat pada kadar dua pertiga, manakala aliran keluar modal melonjak tiga kali ganda.

“Kita sekarang ini mewakili separuh daripada keseluruhan penerima 10 Pelaburan Langsung Asing (FDI) terkemuka dunia,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.