20 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai Jabatan Imigresen dan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung sindiket urusan khidmat cop sempadan.
Kesemua individu berusia antara 28 hingga 52 ditahan SPRM lewat petang semalam.
Antara yang ditahan termasuk tiga ejen pekerja asing.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sindiket itu dipercayai membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa khusus dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh.
Setakat ini, seramai 50 individu ditahan dalam Ops Selat membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.
Lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi dirampas dalam operasi berkenaan.
Sementara itu, pihak berkuasa dilaporkan terkejut setelah siasatan mendapati ada penguat kuasa gred rendah mampu memiliki beberapa kereta mewah termasuk Mustang dan Audi.
“Siasatan juga mendapati kereta-kereta mewah itu sebahagian daripada ganjaran kerana ‘bekerjasama’ dengan mereka dalam menyediakan fasiliti di KLIA2,” kata sumber berkenaan seperti dilapor The Star.