nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerjasama MN Pahang semakin kukuh

21 NOV: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang mencipta sejarah tersendiri apabila kekuatan perpaduan dan kerjasama kukuh dapat dilihat di antara wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS menerusi gagasan Muafakat Nasional (MN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, permuafakatan itu jelas terserlah apabila seruan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pembangkang membuat potongan gaji 10 peratus disambut baik oleh semua ADUN PAS.

Menurut beliau, kekuatan permuafakatan MN di Pahang juga dapat dilihat apabila wakil rakyat PAS memberikan sokongan kepada enam Rang Undang-Undang yang dibentangkan oleh Wan Rosdy.

“Di akhir sidang DUN kali ini, enam rang undang-undang (RUU) berkenaan adalah, RUU Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2020, RUU Enakmen Hotel (Pahang) 2020, RUU Enakmen Yayasan Pahang 2020, RUU Lembaga Pembangunan Tioman (Pindaan) 2020, RUU Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020 dan RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Pindaan) (No. 2) 2020.

“Terdapat dari RUU berkenaan yang mana memerlukan sokongan dua pertiga ADUN untuk memastikan ia dapat diluluskan. Alhamdulillah, dengan kerjasama erat antara BN dan PAS di bawah MN, kesemua RUU berkenaan diluluskan dengan sokongan majoriti biarpun ia ditentang oleh wakil rakyat pembangkang khususnya DAP yang bertindak keluar dewan kerana tidak menyokong RUU dibentangkan.

“Saya ambil contoh, RUU Enakmen Hotel (Pahang) 2020, RUU ini perlu diluluskan untuk kita memastikan semua pengusaha hotel ini berdaftar dengan kerajaan negeri dan jika tidak berbuat demikian mereka boleh dikenakan tindakan.

“Ini penting bagi memastikan tiada lagi pihak pengusaha hotel yang culas daripada membayar cukai kepada kerajaan negeri. Saya ambil pengusaha inap desa misalnya, ramai yang menjadikan rumah mereka sebagai inap desa, tetapi terlepas membayar cukai dan hanya perlu membayar bayaran bulanan rumah sahaja,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Sharkar yang juga merupakan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komuniti Negeri Pahang mempersoalkan tindakan pembangkang yang tidak menerima usul pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa pilihan raya.

Beliau berkata, pelantikan ADUN ini akan dapat meluaskan perkhidmatan kerajaan negeri kepada rakyat terutamanya dalam situasi politik dan sosioekonomi yang mencabar akibat penularan wabak COVID-19 yang belum pasti kesudahannya.

“ADUN dilantik tentunya akan dipilih dalam kalangan mereka yang berkaliber dan berkemahiran tertentu untuk berganding bahu bersama wakil rakyat sedia ada untuk menyumbangkan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Lima ADUN dilantik itu juga boleh dilantik dalam kalangan wanita, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat Orang Asli, kaum Sikh, India, Cina. Selepas ini mungkin kita akan ada wakil rakyat yang mewakili semua kaum di DUN Pahang.

“Namun, ketika dibentangkan, wakil rakyat DAP mempersoalkan sama ada ADUN dilantik ini boleh mengundi atau tidak? Tentunya mereka boleh mengundi. Pemilihan mereka dibuat selepas dipersetujui secara majoriti oleh wakil rakyat yang mewakili rakyat di negeri ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.