nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nombor Anwar memang tak pernah cukup – Tun M

21 NOV: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa gagal dalam komplotnya menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menjadi Perdana Menteri kerana beliau dikatakan tidak menerima sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, situasi itu berlaku kerana Anwar menolak penyertaan beliau dan penyokong-penyokongnya dalam komplot tersebut.

Menurut beliau, penolakan itu berlaku beberapa kali sejak Pakatan Harapan (PH) tumbang dan yang terbaharu berlaku beberapa hari sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di mana Anwar mengumumkan sudah menerima ‘majoriti yang kukuh dan meyakinkan’.

mahathir
Kumpulan penyokong Dr Mahathir Mohamad tidak diterima dalam komplot Anwar Ibrahim menjatuhkan kerajaan PN.

“Saya dan kumpulan saya ditolak oleh Anwar kerana dia sudah dapat jumlah sokongan yang mencukupi.

“Tetapi kita semua tahu bahawa Anwar masih tidak dapat jadi Perdana Menteri. Kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup bilang didapati tidak benar.

“Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang,” katanya melalui catatan dalam laman Facebook beliau hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut mendedahkan bahawa PH menolak beliau menjadi Perdana Menteri apabila 92 Ahli Parlimen dari PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP menamakan Anwar sebagai calon pilihan mereka.

Bekas Perdana Menteri tersebut memberitahu, ketika itu beliau hanya menerima sokongan daripada 66 Ahli Parlimen.

“Jika ketiga-tiga parti dalam PH menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.

“Jika saya dapat 92 dari PH dan dengan itu kerajaan PH dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri PH. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan PH,” jelasnya.

Dr Mahathir menambah, setelah pencalonan Anwar gagal, PH ingin kembali menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri dan Anwar juga bersetuju tetapi dengan syarat beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun, beliau tidak bersetuju dengan syarat tersebut kerana ingin mengekalkan Kabinet yang lama.

“Akhirnya Anwar bersetuju dan usaha dibuat untuk dapat jumlah yang cukup untuk PH kembali menjadi kerajaan. Dengan sokongan dari ahli parti Sabah, jumlah meningkat kepada 114,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak dapat dilaksanakan setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau juga pernah mencadangkan supaya dilantik sebagai Perdana Menteri selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dan cadangan itu dipersetujui oleh PAN dan beberapa Ahli Parlimen DAP.

“Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas 6 bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar,” katanya.

Dr Mahathir turut membangkitkan peristiwa kegagalan Anwar dalam komplotnya menjadi Perdana Menteri lebih 12 tahun lalu.

“Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar?” soalnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.