nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerosakan enjin punca pesawat mendarat di PLUS

22 NOV: Kerosakan enjin dipercayai menjadi punca utama pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza N5045B terpaksa melakukan pendaratan cemas di di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hala ke Selatan dekat Kulai, Johor, pagi tadi.

Bagaimanapun, juruterbang pesawat ringan dan pembantunya, yang mendarat cemas di PLUS terselamat daripada sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Renggam, Penolong Penguasa Asyraf Nur Mohd Yusoff, berkata dua juruterbang itu adalah warga Singapura.

Beliau berkata, ketika kejadian, pesawat jenis Beechcraft Bonanza N5045B itu dipandu Dr Yang Kuang Ying, 52, dan pembantunya, Saleehullah Abdul Majid, 41.

“Berdasarkan maklumat awal, kami dimaklumkan pesawat ringan itu mengalami kerosakan enjin.

“Pesawat yang mendarat cemas di laluan kecemasan lebuh raya dialihkan di kawasan lapang berumput kira-kira 100 meter sebelah lokasi ia mendarat cemas bagi melancarkan aliran trafik lebuh raya.

“Proses mengalihkan pesawat mengambil masa 30 minit menggunakan tenaga bomba, polis serta petugas PLUS,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada unit trafik berhubung kejadian pada jam 11.13 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan 10 anggota.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata, pesawat milik persendirian juruterbang dari Singapura, Dr Yang Kuang Ying, 52, sedang dalam rekod penerbangan rutin bagi melengkapkan jam penerbangan dari Lapangan Terbang Seletar, Singapura ke Lapangan Terbang Batu Berenam, Melaka.

Katanya, juruterbang pertama bersama juruterbang kedua, Saleehullah Abdul Majid, 41, sudah membuat pusingan pertama dan pesawat mendarat cemas di lokasi kejadian ketika pusingan kedua menuju ke Singapura.

“Hasil siasatan, juruterbang terbabit mempunyai kebenaran (tidak perlu mendapatkan surat rentas negara atau negeri) membuat penerbangan bagi mendapatkan jam penerbangan untuk rutin penerbangan biasa.

“Mereka bukan dalam latihan. Juruterbang adalah profesional dan berpengalaman 12 tahun dalam penerbangan serta mempunyai 480 jam penerbangan.

“Mereka berjaya membuat satu pusingan penerbangan ini dari Singapura ke Melaka, awal pagi tadi tetapi pusingan kedua, mereka terpaksa mendarat cemas ketika berada di ketinggian 5,000 kaki di udara susulan terdengar bunyi seperti enjin kehilangan kuasa.

“Juruterbang kemudian cuba tukar tangki minyak tetapi enjin pesawat tidak berfungsi. Tekanan minyak menurun dengan pantas, mereka selamat mendarat cemas di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis daerah Kulai hari ini.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan bahawa sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Model 35 Bonanza telah melakukan pendaratan kecemasan kerana masalah teknikal berhampiran Sedenak pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Chester Voo berkata, Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Johor menerima panggilan pada pukul 10.40 pagi dari juruterbang pesawat yang memohon untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru akibat masalah teknikal.

“Dua juruterbang warganegara Singapura dilaporkan berada di dalam keadaan stabil dan pesawat telah dipindahkan ke lokasi yang tidak menghalang lalu lintas di lebuh raya.

“Pasukan mencari dan menyelamat telah menyelesaikan semua tugas-tugas yang diperlukan. Siasatan akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan di sini, pagi tadi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.