22 NOV: Juruterbang dan seorang penumpangnya selamat apabila pesawat ringan yang dikendalikannya berjaya membuat pendaratan cemas di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Kulai, Johor pagi ini.
Kejadian di Kilometer 47.9 PLUS arah selatan sebelum susur Plaza Tol Sedenak itu berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi.
Difahamkan, juruterbang dan seorang lagi yang berada dalam pesawat berkenaan selamat dalam kejadian terbabit.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan kejadian ketika dihubungi pemberita.
Menurutnya, pegawai trafik masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut.
“Pesawat ringan itu bukan terhempas, ia mendarat cemas dan setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami,” katanya.